Tuesday, October 30, 2012

In 2 Weeks (part 2)

Selepas appointment hari Isnin tu Dr nasihatkan Babah dapatkan rawatan seterusnya di Hospital Serdang, memandangkan kat hospital tu saja ada Dr yang pakar dalam kes Babah dan ada kelengkapan yang diperlukan. Hospital lain yang Dr Zainudin sebut ada lagi 2 atau 3 tapi lagi jauh dari Hospital Serdang. So Dr cuba dapatkan appointment untuk Babah hari Rabu nanti...

Inilah hasil scope hari  tu..



Sementara Umi nak tunggu hari Rabu. Umi pun buat kerja Umi supaya nanti hari Rabu boleh pergi teman Babah. Umi pergi imigresen Shah Alam, Putrajaya dan KDN Putrajaya. Tapi...malang tidak berbau..dalam pukul 2 petang Umi pulak bleeding. Apa lagi ... tinggalkan semua dan Wan pecut pergi KPJ Selangor pulak bawa Umi.

Sampai hospital Umi pulak yang kena masuk wad. Tahan semalaman. Jadi Umi tak dapat teman Babah esoknya. Tak ada gambar umi masuk hospital ya sebab Babah tak suka ambik gambar Umi :p

4th appointment @ Hospital Serdang Wednesday 24/10/2012

Babah pergi seorang. Dr kata Babah kena masuk hospital serdang Isnin 29/10/2012. Selepas Hari Raya Haji.

Dr Yeen bagi Umi keluar hospital hari Rabu petang. So boleh raya kat rumah. Jadi kita sambut raya dulu la k :)






In 2 Weeks (part 1)




Our first appointment Wednesday 17/10/2012 @ 3pm...

Bermulalah episod all in 2 weeks.
Temujanji dengan Dato' Dr Zainudin Hj Mohd Zain. Nope..bukan abang sulung Babah..bukan anak Tok Ayah ya. Walaupun Babah ada bawa x ray dari KPJ Selangor tapi itu dah diambil bulan puasa yang lepas. Hampir 3 bulan lepas. Dr nak tengok apa perkembangan terbaru dari x ray Babah. Bila dah dapat x ray result, Umi dan Babah jumpa balik Dr dan Dr suruh Babah buat ujian untuk paru paru pulak. Hembus nafas kuat kuat dalam satu tiub lepastu Dr tengok bacaannya pada graf kat komputer. HMMM?? Dr heran? Ujian gagal. Nafas Babah tak sampai pada min line yang ditetapkan. Dr suruh Babah datang lagi esok untuk  buat ct scan pulak.


Our second appointment Thursday 18/10/2012 @ 9am...

Inilah hasil ct scan Babah lepas tunggu giliran dalam 2 jam. Memang ada somethingkan. Nampak tak yang dah bulatkan warna merah tu? Haa.. itu la yang buat Babah nafas bunyi -bunyi tu.




Kalau kita baring nampak macam gambar bawah ni.


Dr pun minta Babah datang lagi esok atau minggu depan untuk buat scope pulak. Scope pulaakkk!
Allahuakbar..

Petangnya lepas makan tengahari Umi pulak jumpa Dr Yeen untuk appointment kat KPJ Selangor. Alhamdulillah baby sihat dan  dah 20 minggu (lg 2 hari). Dah tak payah makan Duphaston.


So..our third appointment Monday 22/10/2012 @ 8am

Babah dah puasa dari semalam untuk persediaan prosedur pagi ni. Datang hospital terus ke kaunter A & E untuk pendaftaran. Lepas tu ada nurse bawa Umi dan Babah ke tingkat 5. Endoscopy Suite.








Waiting area yang cantik. Jadi sila sabar menunggu ya.


Kat dalam ni la Babah buat scope. Masuk pkl 8.30am. Dalam 10.45am Dr Zainudin dah keluar cakap dah siap tapi Babah belum sedar dan tengah rehat kat dalam.




Soo..Umi tunggu la lagi sampai 11.30am. Tak lama lepas tu nurse ajak masuk dalam recovery area untuk tengok Babah.









 Kesian Babah...










Monday, October 29, 2012

Aktiviti Mencemar Duli


Inilah Sultan dan Sultanah yang mencemar duli (sebenarnya 2 orang patient yang kena duduk rumah) ke Khanna Curry House dan selepas itu ke jajahan takluk seterusnya.. Wondermilk Cafe. Semuanya bagi meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke - 12.



Boleh nampak muka orang yang tengah control sempot ?


    
Yang ni pulak tengah control perut.



Anak-anak lepak layan coklat dan i pad.

Gambar makan kat Khanna Curry House tak ada. So Babah...next year kalau lupa apa kita buat semalam, boleh bukak blog kay?
Nanti Umi post apa kita buat last 2 years sebab last year punya aktiviti tak ingat. Nak ingat jap k? 

Sunday, October 28, 2012

HAPPY 12TH ANNIVERSARY TO US


Happy anniversary sayang...
This special song is specially for you.



I LOVE YOU

Friday, March 02, 2012

Babah Training Day 3

Kena hantar kereta lepas Yaya balik sekolah sebab Babah nak pakai kereta. Tapi keretanya cantik, belum mandi. Baik Camry atau Myvi. Tapi hantar Myvi la tak terserlah sangat kotornya dek warna yang dah memang kelabu asap tu..;)



Boleh buat art attack !


Nanti kita basuh yeaa..sementara tu basuh dulu Myvi kat carwash depan training centre. Nasib baik ada carwash depan tu. Selamaattt..

Thursday, March 01, 2012

Babah Training Day 1





Apakah ini memang adat 'budak dok asrama'? Baru first day masuk dah minta hantarkan/ belikan barang ? Atau saje saje tak bawa jadi nanti ada alasan nak jumpa masa suruh hantar. Huhuhuuu...:)


Haruslah minta kakak tulis surat chenta untuk Babah tersayang. Manalah tau tak dapat jumpa nak bagi barang, kena tinggal kat pak guard aje.




Ini kira belated birthday present la okay. Akhirnya.. something yang perlu ada dan passtiii digunakan. 


.SAFETY SHOES .


Yang mana ok kak?



SAFETY FIRST !

Wednesday, February 29, 2012

Babah Back To School

Ahad lepas dengan confuse dan hairannya (Anis) dan sedihnya (Umi) kami sekeluarga menghantar Babah daftar masuk ke sekolah 'sebulan'nya. Selepas mendapat 'hadiah' minum petang di Mcdonalds, maka bye bye Babah..




Pose sikit (lepas ni Babah boleh menyorok belakang meja k kalau malu)



Dorm room. Cantik macam hotel (kata Yaya).







Maka berkampunglah Babah disini untuk sebulan ini.




LEARN FROM YESTERDAY, LIVE FOR TODAY, HOPE FOR TOMORROW.

















Tuesday, February 07, 2012

Happy 57th Birthday Wan !!

Alhamdulillah ...! Tahun ni bertambah lagi umur Wan yang kita sayang. Semoga terus sihat, dilindungi dan diberkati Allah SWT.


Oop kak lin tak ada dlm pic ni. Pegi pakai tudung jap lepas tengok Umi siap pakai tudung.


Ha here we go kakak.


And here comes Babah..


Hadiah lengkap serba berdiri ya :)
Harap Wan happy dengan sambutan yang sangat simple ni..kek pun tak ada..diabetes!
Tapi Wan cakap bulan depan ada birthday lagi...7.3.2012...birthday Wan 57 tahun 1 bulan..hew..hew. Tau bagi hadiah tu sebulan satu ;)

Sunday, January 01, 2012

Penutup tirai 2011

31.12.2011

Today ada induction day for parents at Genius Aulad sek 7. Lepas collect uniform, id card for Anis and parent at 2pm perut sudah menyanyi minta diisi.
Babah nak pergi Ambank sek 13. Jadi kita makan kat area 13 la.


Anis in her new school uniform


Dimanakah kita nak lunch? Tutti frutti? Tak. Tak kenyang.
Tiba-tiba teringat restoran salah seorang juri Masterchef Malaysia. Laman Grill. Haa kita cuba makan sini la. Kecur tengok chef tu masak dalam Masterchef Malaysia.

Yaya makan mushroom soup dengan spaghetti carbonara

Anis tumpang sekaki


Ni umi punya T bone.


Ni Babah punya salmon dengan dumpling rebus ( macam yang diajar dalam Masterchef Malaysia tu)


Kakak punya seafood spaghetti


Our dessert yang sangat sedap..tiramisu and...


Chocolate lava cake..nyummm.

All the food presentation sangat cantik tapi tak kenyang la hihi..
So lunch ini menutup tirai jalan jalan cari makan kita untuk tahun ini.

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Izlin dah bawa balik surat chinta dari sekolah. Sempena tarikh yang kontroversi dan sensasi ni umi harap kakak akan terus bawa balik result yang 1! dan 1! dan 1!
Birthday kan 1hb?!
Good job Izlin.



Yaya where's yours? :) Next week?

Faizi's Angel :)