Tuesday, October 30, 2012

In 2 Weeks (part 1)




Our first appointment Wednesday 17/10/2012 @ 3pm...

Bermulalah episod all in 2 weeks.
Temujanji dengan Dato' Dr Zainudin Hj Mohd Zain. Nope..bukan abang sulung Babah..bukan anak Tok Ayah ya. Walaupun Babah ada bawa x ray dari KPJ Selangor tapi itu dah diambil bulan puasa yang lepas. Hampir 3 bulan lepas. Dr nak tengok apa perkembangan terbaru dari x ray Babah. Bila dah dapat x ray result, Umi dan Babah jumpa balik Dr dan Dr suruh Babah buat ujian untuk paru paru pulak. Hembus nafas kuat kuat dalam satu tiub lepastu Dr tengok bacaannya pada graf kat komputer. HMMM?? Dr heran? Ujian gagal. Nafas Babah tak sampai pada min line yang ditetapkan. Dr suruh Babah datang lagi esok untuk  buat ct scan pulak.


Our second appointment Thursday 18/10/2012 @ 9am...

Inilah hasil ct scan Babah lepas tunggu giliran dalam 2 jam. Memang ada somethingkan. Nampak tak yang dah bulatkan warna merah tu? Haa.. itu la yang buat Babah nafas bunyi -bunyi tu.




Kalau kita baring nampak macam gambar bawah ni.


Dr pun minta Babah datang lagi esok atau minggu depan untuk buat scope pulak. Scope pulaakkk!
Allahuakbar..

Petangnya lepas makan tengahari Umi pulak jumpa Dr Yeen untuk appointment kat KPJ Selangor. Alhamdulillah baby sihat dan  dah 20 minggu (lg 2 hari). Dah tak payah makan Duphaston.


So..our third appointment Monday 22/10/2012 @ 8am

Babah dah puasa dari semalam untuk persediaan prosedur pagi ni. Datang hospital terus ke kaunter A & E untuk pendaftaran. Lepas tu ada nurse bawa Umi dan Babah ke tingkat 5. Endoscopy Suite.








Waiting area yang cantik. Jadi sila sabar menunggu ya.


Kat dalam ni la Babah buat scope. Masuk pkl 8.30am. Dalam 10.45am Dr Zainudin dah keluar cakap dah siap tapi Babah belum sedar dan tengah rehat kat dalam.




Soo..Umi tunggu la lagi sampai 11.30am. Tak lama lepas tu nurse ajak masuk dalam recovery area untuk tengok Babah.









 Kesian Babah...










No comments: