Sunday, June 02, 2013

HaPpY 11th BirThDay KaK LiN

Hmm..sebenarnya semalam ulangtahun hari lahir Kak Lin. Semua orang - umi, babah, izlin, ilya, anis pegi Dewan SMK P11(1), Putrajaya. Tengok dewan dan hantar barang sebab umi & babah ada katering. Ingatkan boleh tolong umi lipat napkin tapi napkin belum sampai jadi selamatlah mereka untuk petang itu. Dah settle semua barulah kita boleh pi makan. Apakah yang ingin disantap Cik Izlin sempena birthdaynya? Pizza or Nando's. Kak Lin ni mmg suka benor Nando's. Since promo pizza yang Kak Lin idam idamkan dah habis, makanya Nando's here we come...

Lepas makan dan solat Maghrib di surau yang super panjang beratur untuk ambik wudhu , Kak Lin mengidam untuk menyumbangkan suara pulak kat karaoke. Aisehhhmannnn..! Yang ini Umi tak dapek nak nolong sebab sejam takkan cukup punya nak nyanyi. Ini kena buat next time k sebab Umi nak bangun awal esok..katering2!

Jadi wahai anakku sila bersabar ya lagipun kan Umi & Babah nak bawak pegi holiday kat JB and USS Singapore Isnin niii..Jadi kena la kerja dulu :)

So, Happy Birthday To My Dear Daughter. Umi doakan semoga menjadi anak yang solehah, sihat, bijak, baik budi pekerti dan menjadi contoh yang baik bagi adik adik. Amin.

No comments: