Thursday, November 01, 2012

In 2 Weeks (part 3)

5th appointment @ Hospital Serdang Monday 29/10/2012 3pm

Hari ni kita nak pergi hantar Babah 'check in' kat wad. Pagi-pagi Babah dah pergi station settlekan kerja yang perlu sebelum kena admitted petang nanti. Tengahari pulak Babah bawa Umi pergi sign loan aggreement untuk kereta......Estima Wan !!! Yeay!! Hari tu masa tengok tak ajak Wan, so hari ni kita bawa Wan tengok-tengok.




Sabar ya Wan. Posing je dulu hari ni. Gi booking no dulu.



Hokey! Dah siap bab kereta. Sekarang kita semua..jom hantar Babah! Siapa tak pergi sekolah, angkat tangan! Tapi awak semua...kanak kanak tak boleh naik sampai atas. So inilah bilik Babah...


Senyum sikit :)  


 Bab toto tak boleh bawak ni, mesti Opah susah hati ni ;)
Ops! Tak boley ambik gambar dalam wad la..macam mana ni? Umi Babah dah posing sakan.



 Babah baring ambil feel...
Sebelum...
*
*
*
*
*
*
*
Kena tukar uniform yang hemsem nih!
Hahahaha..




The lunch.

And dinner.

And of course tak lengkap masuk hospital kalau tak..........kena cucuk!
Babah kena buat ECG & ambik darah. Pastu esok, kena buat ct angiogram plak. Operation hari Khamis.


No comments: