Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 = 28 weeks



Hari ni Umi pergi check up dengan Dr Yeen. Umur baby hari dah 28 minggu. Sama dengan berapa bulan Kakak Lin & Kak yaya? 28 bahagi 4 =.......???
Oww..lambat sikit kira. Tapi pandai...7 bulan dah.
Patutnya Dr Yeen kata hari ni nk tambah ubat Brycanil tapi tak jadi tunggu lagi 2 minggu. Everythings ok Mungkin sebab Umi good girl kottt...duk umah je :P

Berat Umi kali ni 56.6 kg. Perut dah 37 inci. Hari ni Umi tak ada geng sama sama timbang berat sebab semua orang tak nak ikut Umi sebab ada Kak Zureen dengan Awa kat rumah...huhu Anis pun tak nak teman. Tapi tak pe...Babah bawa Umi shopping barang baby hari ni..
Anis tolong Umi kemas. Raaajin Kak Anis !

 Kak Anis lipat-lipat baju baby.


 Kak Anis susun-susun baju baby.


Kak Anis atur-atur socks baby.

 Tada !! Dah siap satu bakul. Pandaikan Kak Anis !


Bila dah petang ada parcel sampai. Ingatkan Babah punya. Rupanya...Umi punya barang.Yea!


 Of cosh la Kak Anis tolong Umi bukakan..kan Anis?

 Oh eh oh eh...

Eiyah..!



Tada!! Akhirnya berjaya Anis bukakan. Set lepas bersalin Nona Roguy Umi sudah sampai. Hehehe..Siap sedia. Sediakan payung sebelum  hujan. Ni dah bulan Disember..takut baby keluar cepat..
Pikir punya pikir set apa nak beli. Last last beli Nona Roguy jugak . Masa Anis dulu Umi pakai ni la jugak nis. Tapi tunggu baby keluar dulu baru guna ubat ni.

Ok ..baju baby dah..pampers dah..toiletries baby dah..towel dah... sekarang Umi nak survey tilam untuk babycot pulak. Susah nak cari saiz dia. Lain dari yang lain. Hopefully sempat la sebelum baby keluar ya ;)


Saturday, November 10, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Wee... yang ditunggu dah tiba.






See that BIG smile!




Welcome to our new family member!

Thursday, November 01, 2012

In 2 Weeks (part 4)

TODAY IS THE DAY ~ 1st NOVEMBER 2012

Pukul 7.00am Babah dah siap mandi, tukar baju putih dan tunggu nurse untuk bawa ke operaton theatre (OT). Babah dah puasa dari pukul 12 tengah malam semalam.


 Pakai tutup kepala. Cantik tak? Macam siapa? Kak Lin, Yaya atau Anis?

Nurse datang bawa Babah dalam pukul 8.30am ke OT. Umi hantar sampai pintu wad saja. Tak ada orang nak tolak ke OT tingkat 4. So babai Babah. Kita semua doakan segalanya selamat dan lancar. Bismillah.

Umi duduk dalam bilik Babah dan tunggu Babah dan tunggu dan tunggu.
At last, pukul 11.56am nurse datang sorong Babah balik masuk wad. Babah dah sedar sikit dah masa ni.



Dalam mamai mamai sempat lagi :)

ALHAMDULILLAH.
Syukur semuanya ok dan Babah tak payah kena belah belah.
Hari ni Babah rest dan esok dah boleh BALIK! InsyaAllah.
So..anak anak! Kemas rumah okay? Umi and Babah will be coming home tomorow.
See you.
Love from Umi and Babah.


In 2 Weeks (part 3)

5th appointment @ Hospital Serdang Monday 29/10/2012 3pm

Hari ni kita nak pergi hantar Babah 'check in' kat wad. Pagi-pagi Babah dah pergi station settlekan kerja yang perlu sebelum kena admitted petang nanti. Tengahari pulak Babah bawa Umi pergi sign loan aggreement untuk kereta......Estima Wan !!! Yeay!! Hari tu masa tengok tak ajak Wan, so hari ni kita bawa Wan tengok-tengok.




Sabar ya Wan. Posing je dulu hari ni. Gi booking no dulu.



Hokey! Dah siap bab kereta. Sekarang kita semua..jom hantar Babah! Siapa tak pergi sekolah, angkat tangan! Tapi awak semua...kanak kanak tak boleh naik sampai atas. So inilah bilik Babah...


Senyum sikit :)  


 Bab toto tak boleh bawak ni, mesti Opah susah hati ni ;)
Ops! Tak boley ambik gambar dalam wad la..macam mana ni? Umi Babah dah posing sakan.



 Babah baring ambil feel...
Sebelum...
*
*
*
*
*
*
*
Kena tukar uniform yang hemsem nih!
Hahahaha..




The lunch.

And dinner.

And of course tak lengkap masuk hospital kalau tak..........kena cucuk!
Babah kena buat ECG & ambik darah. Pastu esok, kena buat ct angiogram plak. Operation hari Khamis.


Tuesday, October 30, 2012

In 2 Weeks (part 2)

Selepas appointment hari Isnin tu Dr nasihatkan Babah dapatkan rawatan seterusnya di Hospital Serdang, memandangkan kat hospital tu saja ada Dr yang pakar dalam kes Babah dan ada kelengkapan yang diperlukan. Hospital lain yang Dr Zainudin sebut ada lagi 2 atau 3 tapi lagi jauh dari Hospital Serdang. So Dr cuba dapatkan appointment untuk Babah hari Rabu nanti...

Inilah hasil scope hari  tu..



Sementara Umi nak tunggu hari Rabu. Umi pun buat kerja Umi supaya nanti hari Rabu boleh pergi teman Babah. Umi pergi imigresen Shah Alam, Putrajaya dan KDN Putrajaya. Tapi...malang tidak berbau..dalam pukul 2 petang Umi pulak bleeding. Apa lagi ... tinggalkan semua dan Wan pecut pergi KPJ Selangor pulak bawa Umi.

Sampai hospital Umi pulak yang kena masuk wad. Tahan semalaman. Jadi Umi tak dapat teman Babah esoknya. Tak ada gambar umi masuk hospital ya sebab Babah tak suka ambik gambar Umi :p

4th appointment @ Hospital Serdang Wednesday 24/10/2012

Babah pergi seorang. Dr kata Babah kena masuk hospital serdang Isnin 29/10/2012. Selepas Hari Raya Haji.

Dr Yeen bagi Umi keluar hospital hari Rabu petang. So boleh raya kat rumah. Jadi kita sambut raya dulu la k :)






In 2 Weeks (part 1)




Our first appointment Wednesday 17/10/2012 @ 3pm...

Bermulalah episod all in 2 weeks.
Temujanji dengan Dato' Dr Zainudin Hj Mohd Zain. Nope..bukan abang sulung Babah..bukan anak Tok Ayah ya. Walaupun Babah ada bawa x ray dari KPJ Selangor tapi itu dah diambil bulan puasa yang lepas. Hampir 3 bulan lepas. Dr nak tengok apa perkembangan terbaru dari x ray Babah. Bila dah dapat x ray result, Umi dan Babah jumpa balik Dr dan Dr suruh Babah buat ujian untuk paru paru pulak. Hembus nafas kuat kuat dalam satu tiub lepastu Dr tengok bacaannya pada graf kat komputer. HMMM?? Dr heran? Ujian gagal. Nafas Babah tak sampai pada min line yang ditetapkan. Dr suruh Babah datang lagi esok untuk  buat ct scan pulak.


Our second appointment Thursday 18/10/2012 @ 9am...

Inilah hasil ct scan Babah lepas tunggu giliran dalam 2 jam. Memang ada somethingkan. Nampak tak yang dah bulatkan warna merah tu? Haa.. itu la yang buat Babah nafas bunyi -bunyi tu.




Kalau kita baring nampak macam gambar bawah ni.


Dr pun minta Babah datang lagi esok atau minggu depan untuk buat scope pulak. Scope pulaakkk!
Allahuakbar..

Petangnya lepas makan tengahari Umi pulak jumpa Dr Yeen untuk appointment kat KPJ Selangor. Alhamdulillah baby sihat dan  dah 20 minggu (lg 2 hari). Dah tak payah makan Duphaston.


So..our third appointment Monday 22/10/2012 @ 8am

Babah dah puasa dari semalam untuk persediaan prosedur pagi ni. Datang hospital terus ke kaunter A & E untuk pendaftaran. Lepas tu ada nurse bawa Umi dan Babah ke tingkat 5. Endoscopy Suite.








Waiting area yang cantik. Jadi sila sabar menunggu ya.


Kat dalam ni la Babah buat scope. Masuk pkl 8.30am. Dalam 10.45am Dr Zainudin dah keluar cakap dah siap tapi Babah belum sedar dan tengah rehat kat dalam.




Soo..Umi tunggu la lagi sampai 11.30am. Tak lama lepas tu nurse ajak masuk dalam recovery area untuk tengok Babah.









 Kesian Babah...