Wednesday, May 06, 2015

A Special Birthday Post For Tok Ayah








       


Anis pun ada tulis karangan untuk Tok Ayah.

     



Ok tak Tok Yah ?



    


Apapun Anis nak ucapkan terima kasih pada Tok Yah sebab buat macam maaaacam untuk Anis, Airis, Yaya, Kakak, Umi & Babah. Thank you Tok Yah.


WE LOVE YOU !



HAPPY 72nd BIRTHDAY TOK AYAH






Sunday, March 29, 2015

Anis and dentist Umi


Geram sunggoh Umi tengokkan gigi Anis yang dah tercunggit sejak sekian lama ni. Maghrib tadi dengan penuh keazaman dan tekad, Umi pujuk Anis goyang2 kan dulu gigi dia.
Lepas seketika, kita bagi sikit tekanan mengejut. Haaa..kan dah tercabut dan goyang banyak sikit.
Ok Anis. Sekarang Anis cuba cabut sendiri.
Oh eh oh eh
Tadaaa !!!
Dah tanggal gigi Anis. 

Malam sebelum tidur Anis kiss tangan Umi dan cakap ' mmm sedapla mulut Anis, dah tak rasa bende terkeluar'.

Hehehe ;)

Sunday, January 04, 2015

2014 craving brought forward


Disappointed to find Kokopelli closed, we decided to satisfy our italian cravings at Italiannies. 








However my craving for a goood lasagna since the end of UPSR was unfortunately not fulfilled. At least I got that small portion of spaghetti carbonara from Ms. Yaya😂😅🍝

Friday, September 26, 2014

1 ZULHIJJAH 1435




1 Zulhijjah tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Kalau ikutkan siaran radio pagi tadi kemungkinan tahun ini jemaah haji akan mendapat haji akbar sebab wukuf akan jatuh pada hari Jumaat di Arab Saudi. MasyaAllah. AllahuAkbar. Seronoknya!
Itu untuk yang pergi menunaikan haji. Tapi kita yang di Malaysia ni nak buat apa?
Kita yang di Malaysia, yang tak pergi menunaikan haji, boleh menghidupkan 'roh haji'.
How?
Simple.
Buat perkara yang dah Umi tempek kat atas ni. Okay? Boleh ke boleh? Simple.
Kalau tak boleh puasa straight 1 sampai 9 Zulhijjah?
Pun tak apa. Tapi...sekurang kurangnya puasa la satu hari pada 9 Zulhijjah atau dikenali sebagai puasa Arafah.
Kenapa?
Sebab pahalanya BESAR...ia dapat menghapuskan dosa dosa kita setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Haaa...So..Jom Puasa.


Wednesday, May 14, 2014

Airis dah pandai jalan !

FINALLY !

Airis boleh jalan sendiri !!

Whoaaa....!!! Pandai! Clap! Clap!


Masa ni ada Umi dengan Yaya aje sebab Anis sekolah dan Kak Lin ada latihan untuk hari guru kat sekolah. Umi dengan Yaya baru habis menikmati minum petang together gether. Dah kenyang, nak bawa Airis jalan jalan terrrmasuk kedai Anakku ni. Tengah Umi pilih baju, memang sengaja bagi Airis diri kat fitting room situ main langsir dan tengok cermin kat fitting room tu, tiba tiba Airis eh..eh..eh dah sampai dekat Umi berjalan sendiri dari fitting room sambil tersengeh sengeh. Ingatkan ok la sampai situ aje la percubaan Airis. Umi pun sambung lagi pilih baju. Tapi Airis bukan main pulak tunjuk skill berjalan pusing pusing satu kedai. Hmmmph...harus la ambik video kan...Nah ! Silakan menonton video 'Airis berjalan tanpa perlu dipimpin walau satu jari.' Hehehe...