Wednesday, February 12, 2014

Babai Myvi Sportku

What a hectic day today. Ghebeh Umi kalau hari-hari macam ni.
Okay !
Dimulakan dengan Bismillah...Diakhiri dengan Alhamdulillah...(mcm lagu Raihan)

Dimulakan dengan Cik Anis Manis yang ada Majlis Khatam Quran kat seksyen 8. Dia pergi dengan Opah Ngaji. Dua orang you. Pastu geng dengan makcik-makcik kawan Opah Ngaji..hihihi..
Bangun awal pukul 8.30 pagi (awal ni untuk Anis) sebab nak ready dengan jubah serba putihnya. Dah makan, pergi dengan Opah, sampai pukul 12.45 tengahari tak balik-balik. Hohoho..Umi sudah gelisah. Mana la makcik Anis ni tak balik-balik. And then, at last...Balik kata dah makan kat kenduri, so siap and off to school!


Ambik Yaya pulak. Kakak tinggal sebab ada kelas tambahan. Hantar Babah pi DEMC pulak. Nak check gigi. Yaya tolong pegang adik. Petang 2.30 ada koko. So, nak singgah rehat rumah Tok Ayah je la. Yaya nak balik rumah pulak..nak ambik uniform Tunas Puteri !
Okay.
Jom balik ambik baju.


Jom terus ambik kakak pulak dah 1.40 ptg ni. Okay.
Tak keluor keluor pulak sampai pukul 2 ptg. Adehhh...
Dah la Ya. Jom tukar baju kat toilet sekolah pastu kita makannn je la kat kantin. Kuang kuang kuang..
Siapa pun tak payah balik rumah Tok Yah. 

Nasib baik budak tecik ni tido dari tadi. Kalau tak Arrrghhhhh....!!!

Posing jap dalam Myvi, Babah kata nanti petang buyer nak datang ambik dah. Huhuhu..so sad ;(
Jadi mari kita posing last call dengan` kereta sport one of a kind dalam Shah Alam` ni.







Nampak ? Tok Yah tolong check sebelum sesi serah menyerah. Tok Yah pun nak babai Myvi.


      
Okay. Babah dah call nak balik. Dah berjaya cabut 2 batang gigi geraham belobang ! Yeahoo!
Jom pi jemput patient dulu.


Okay. Posing lagik di sisi kereta sportku inehh! See? Muka orang sebelah tu bengkak. Hah! itulah penangan cabut 2 batang gigi hari ni. 
MABELES!

Lepas posing mosing ni. Babah pun bawa kereta nak pass kat owner baru. Owwhhh....So sad.
Jasamu tetap kukenang wahai kereta sportku. Dari zaman Anis kecik sekarang dah darjah 1. Ke zaman Mama Lun bawak ulang alik Putrajaya. Ke zaman Wan pakai lepas BMW terbakor. Ke zaman bawa Airis dalam car seat alas comforter. Akhirnya... sampai disini jodoh kita. 
Sob.Sob.Sob

Thank you very much kereta sportku Perodua Myvi BHX 5888.

We Love You.
      


Tuesday, February 04, 2014

Happy Birthday Kedai :)

Hari ni mengikut SSM adalah tarikh bermulanya perniagaan Restoran Azira.
4 Februari 1985.
Restoran ini telah ditubuhkan oleh Allahyarhamah 'Atok' Hajjah Poziah dan 'Wan' Haji Abd Razak. Mengikut perkiraan Umi kedai ini sekarang sudah berusia 29 tahun ! Alhamdulillah. Syukur.
Tahun hadapan insyaAllah akan genap 30 tahun kedai ini beroperasi. Umi amat berharap semoga Allah memberi pertolonganNya, rahmatNya dan kekuatan, ketabahan dan semangat pada Umi sekeluarga untuk meneruskan perniagaan ini.

Wednesday, January 08, 2014

Seminggu di tahun baru

Tahun ni hari pertama persekolahan jatuh pada hari Khamis 2/1/2014. Alhamdulillah ada
la ruang untuk Anis tarik napas. School 2 hari rehat jap 2 hari.
So this is us during the first week of school.

See Kak Lin and Kak Yaya. They seem happy and calm..and looks like they have all the time to pose for the first day before going to school...right?
But the truth is.....





they're  LATE !!!

See?
Hahaha berterabor lari .


And this is Anis first Perhimpunan as murid darjah 1 pening pening lalat. Eh! Salah eh Nis.
Murid darjah 1 PENDING !


Nampak? Maintain takut je nak senyum. Nerbes ker?


Mana murid tahun satuuuu ?!

From left : Nada ( friend from Genius Aulad 5 years old, Anis Manis, Aifa (new friend from orientation day)




   
At 6.30pm thursday : Anis manis dah bau masam. Takpe yang penting tersenyum manisss ;p
Good girl Anis. You've survived the first day of school.


This is Anis on the 2nd day of school. Hari Jumaat. Pakai tudung ye.
Alolo...Besha dah budak sekilo ni.

  


Melayan Anis punya resepi - ice cream pizza.

Rambut dah boleh pakai sepit. Ada fringe lagi!

 

Ok la..hujung minggu jom pegi taman. Hadiah untuk semua anak anak Umi yang berjaya naik sekolah.
Lepas panjat panjat sebenarnya pergi makan durian tapi takde gambar la pulak.
Oo sedapnya durian. Bah nak makan lagi boleh?