Tuesday, October 29, 2013

Airis 1st book at library

Hari ni datang library PPAS dengan kakak Lin n Yaya. Nak pulang buku. Tok Ayah bawakan seperti biasa. THANK YOU TOK YAH :)

Kak Lin carikan buku untuk Airis.  SOPHIE'S BIG BED. Comel...bukunya. Suka Airis belek belek. Tersengeh sengeh..happy...err for about 5 minutes? Jadila...kan?



Kak Lin tak tentu arah cari buku dia. Jumpa plak Geronimo Stilton dia...hmphh..10 buku sekali susun !
Bahagiakan Kak Lin :p

Airis tak gocok lidah

Oleh kerana kegatalan gusi dek gigi pertama yang baru nak menjengah. Semua nak masuk mulut gigit especially yang bukan toys dia.

Ni pose pose ayu pakai tudung...


Ok...ni ayu ayu ngan Babah pulak...

Pastu...NAH!!



This is Airis current fav pose!
Maafkanlah kecomelan lidah saya yang tak bergosok 
ya hihihi  :) 

Monday, October 28, 2013

Airis 8 months

Airis duduk dah steady sikit sekarang, takde la 
takut dia shuuung melelong kekiri kanan sangat.
Dan...bermula la fasa baru...fasa mengecah toys. Jadi mesti ada fasa kotak toys untuk mengelak kekecahan melampau. Itu pun tengokla dah melambak atas katil Umi macam pasar lambak. OWHH NOO!! This is just the beginning.

Hari Hadiah

Hadiah dari Genius Aulad

Hadiah dari Auntie Shina

Hadiah untuk my young lady ;)

Hadiah untuk my old man ♥

Tuesday, October 22, 2013

Air tangan sulung si sulung

Alahai anak sulungku. Pertama kali Umi menguatkan hati membenarkan si sulung Izlin memasak di dapur. Diam tak diam puteri sulung Umi ini dah berusia 11 tahun. Mungkin orang lain sudah ke dapur memasak lebih awal. Tapi tak apa. Percubaan yang baik untuk julung kalinya. Tadaaaa...

Telur mata untuk cik Anis Manis. Telur dadar ala pizza separuh tak bercili padi untuk cik Yaya dan separuh bercili untuk cik Chef Izlin.

Semoga anak Umi ini akan terus rajin dan semangat belajar memasak :)