Tuesday, December 31, 2013

Good bye 2013

Babai 2013.

Kita semua tak tidur sampai pukul 12 tunggu countdown.
Airis je yang dah tidur. Tengah sibuk lipat baju ada pulak bunyi fireworks.
Melompat semua keluar nak tengok fireworks.Tapi fireworks
dia ada pause and play, so banyak kali jugaklah
keluar masuk rumah. Fireworks kat TV lagi best.
Putrajaya punya tak habis habis. Kitorang ooh and aah 
kat rumah.

Monday, December 30, 2013

Anis 1st dentist visit


Hi, I'm at Pristine Dental Care, Empire. Why am I here?

 
Tak nampak gigi saya dah berdouble ni? Baik pergi dentist, 
kalau tak jadi macam Nanny McPhee pulak nanti.


Sementara tunggu dentist panggil, ukurlah tinggi dulu.
Nak masuk darjah 1 ni makin tinggi ke tak?


                                                      
Tengok Cik Anis tu. Relax jer baring kat kerusi tu. BERGAYA .
Pakai sunglasses warna pink dentist bagi sebab tak nak mata silau.


Sekarang turn Yaya.


Lepas tu Kakak pulak.


Yeay! Kita dah sudah!


 Aik! Si Kecik tu baru gigi 2 batang pun nak check jugak ke?


So far dalam banyak banyak anak Umi, Anis PALING BERANI jumpa dentist. Tadi masa doktor panggil nama Anis. Dia terus je masuk bilik doktor tak tunggu Umi ke Babah ke masuk sekali. Menonong je dia pergi masuk sampai doktor tanya ' Where's your parent Anis? '
Whoaaa!! Hebat Anis.
Yang ok ok jumpa dentist Yaya.
Yang paling HARU sekali....hehehe Kak Lin . MasyaAllah..bising Umi Babah nak pujuk dalam bilik doktor.
Kalau la ada videonya, kan bagus, boleh upload you tube. Biar Kak Lin tengok balik.
Tapi itu dulu....dulu...sekarang Kak Lin dah ok dah. Kan Kak Lin kan?

Panas panas

Kesian dia first time demam panas sangat sangat. Last last bawa pergi DEMC check darah sebab demam dah lebih 4 hari takut denggi pulak. Nah ubat berbotol botol. Paling sayang sekali dapat ANTIBIOTIK ! Hmph paling tak sampai hati nak bagi anak makan ubat ni. Paling pahit, paling tak sedap ! Berbintil bintil plak tu ! Tapi...apakan daya.... :(


Surprisingly lepas 2 hari makan ubat ubatan yang sedap itu. Demam pon kebah.

Thursday, December 12, 2013

Time for a check up



I'm gonna check your ears, check your eyes



Find out how much you've grown


It's okay if you giggle, this will only tickle a little

Then I listen to your heartbeat, fix you up, ready to go


Dah shiap .

Wednesday, December 11, 2013

Budak nak naik darjah satu so excited

Haaa..! Panjang kan our to do list. Dari celik mata Umi dah start berinsteaan ice box sementara Airis tido dan nak tunggu anak2 dara Umi yang lain bangkit tido.
Bila semua dah celik....hmmm apa lagi arahan seterusnya mandi, makan, pi ngaji and then get to work people! Hahaha...tapi hari ni opah
ngaji tak sihat so ngaji cancel.

Kemas. Spray. Lap. Susun. Basuh.
Vakum. Mop.
Gedegang. Gedegung.

Nah !  Sampai pukul 2 .. dan kelaparan.
Menu makan hari ini...jeng jeng jeng...nasi.telur.kicap.
Yeay!!!

Ok anak anak sekalian. Terima kasih Umi ucapkan atas pertolongan dan kerjasama anak anak semua mengemas our home sweet home :)

Sebab anak anak Umi semua rajin hari ni, Babah balik nanti petang kita boleh pegi beli BEG & KASUT SEKOLAH . Yea..clap clap !
See this 'budak nak naik darjah satu so excited' with her new shoes?

Besar dah budak sekilo ni.

Friday, November 22, 2013

Anis choral speaking

https://www.youtube.com/watch?v=ujglUE-v2Vc&feature=youtube_gdata_player

Thursday, November 07, 2013

Mr Bee

On this 16, 17 & I'll November Kak Lin will be going to Bentong, Pahang for Program Memperkasa Anak Pintar..yes..yes..Bentong! Hamaigad!
Jauh tuuuu....
For what?
Kakak will take part in a spelling BEE contest. .yes..yes..spelling BEE..
So Kakak, you better prepare yourself for the contest.
Tapiiii before that yesterday, Kakak was stung by...a BEE! Yes..yes! A BEE! Oh My Baby!


But don't worry. I'll pray that you're going to win the competition. I'm sure you will BEE because you've had the BEE in you. ( hahaha apa la Umi merepek kan? But i'm sure you got it. Right?)

Tuesday, October 29, 2013

Airis 1st book at library

Hari ni datang library PPAS dengan kakak Lin n Yaya. Nak pulang buku. Tok Ayah bawakan seperti biasa. THANK YOU TOK YAH :)

Kak Lin carikan buku untuk Airis.  SOPHIE'S BIG BED. Comel...bukunya. Suka Airis belek belek. Tersengeh sengeh..happy...err for about 5 minutes? Jadila...kan?



Kak Lin tak tentu arah cari buku dia. Jumpa plak Geronimo Stilton dia...hmphh..10 buku sekali susun !
Bahagiakan Kak Lin :p

Airis tak gocok lidah

Oleh kerana kegatalan gusi dek gigi pertama yang baru nak menjengah. Semua nak masuk mulut gigit especially yang bukan toys dia.

Ni pose pose ayu pakai tudung...


Ok...ni ayu ayu ngan Babah pulak...

Pastu...NAH!!



This is Airis current fav pose!
Maafkanlah kecomelan lidah saya yang tak bergosok 
ya hihihi  :) 

Monday, October 28, 2013

Airis 8 months

Airis duduk dah steady sikit sekarang, takde la 
takut dia shuuung melelong kekiri kanan sangat.
Dan...bermula la fasa baru...fasa mengecah toys. Jadi mesti ada fasa kotak toys untuk mengelak kekecahan melampau. Itu pun tengokla dah melambak atas katil Umi macam pasar lambak. OWHH NOO!! This is just the beginning.

Hari Hadiah

Hadiah dari Genius Aulad

Hadiah dari Auntie Shina

Hadiah untuk my young lady ;)

Hadiah untuk my old man ♥

Tuesday, October 22, 2013

Air tangan sulung si sulung

Alahai anak sulungku. Pertama kali Umi menguatkan hati membenarkan si sulung Izlin memasak di dapur. Diam tak diam puteri sulung Umi ini dah berusia 11 tahun. Mungkin orang lain sudah ke dapur memasak lebih awal. Tapi tak apa. Percubaan yang baik untuk julung kalinya. Tadaaaa...

Telur mata untuk cik Anis Manis. Telur dadar ala pizza separuh tak bercili padi untuk cik Yaya dan separuh bercili untuk cik Chef Izlin.

Semoga anak Umi ini akan terus rajin dan semangat belajar memasak :)